Thursday, June 10, 2010





Tujuh tingkat neraka sedia hukuman setimpal kesalahan
Posted by: nurjeehan in Alam Akhirat, Tazkirah

Oleh Muhamad Rozi Hassan

NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.

Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud:

“Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)

Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.

Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:

* Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)

Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

* Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya.

Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

* Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

* Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

* Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

* Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

* Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas.” (surah Al-Qariah: 8-11)

sumber : http://nurjeehan.hadithuna.com/2009/08/tujuh-tingkat-neraka-sedia-hukuman-setimpal-kesalahan/

Wednesday, June 9, 2010












aa
aa









Monday, May 31, 2010

SAUDARA BARU

NAU ZUBILLAHHI MIN ZALIK, YA ALLAH SELAMATKANLAH NEGARA KU INI!

A







X

Sunday, May 30, 2010

WHO IS RUNNING OUR COUNTRY?


Siapakah sebenarnya yang menguruskan negara Malaysia ini. Itulah persoalan dan tandatanya yang sentiasa bermain difikiran rakyat malaysia. Ini adalah kerana bgitu banyak keputusan yang dibuat oleh najib amat jauh sekali dari tindakan ayahnya dahulu. Begitu juga Najib yang dahulunya sentiasa mengamalkan kaedah "play safe" bertindak sebaliknya secara terburu-buru da begitu menakutkan sekali seperti membuat liberalisasi kewangan yang seluas-luasnya yang boleh menyebabkan negara kita terdedah keapada serangan penyangak kewaangan antarabngsa seperti George Soros dahulu.

Begitu juga pembentangan kewanagn terpaksa dilakukan sehingga dua kali. Kemudaiannya tindakan Najib meminta awang adek mengistiharkan kemungkinan meluluskan lesen judi dan mengarahkan Idris jala membuat kenyataan yang negara kita ini mungkin Bankrap? Adakah Najib sebodoh Itu?

Begitu juga urusan untuk merampas negeri perak dengan menggunakan kuasa sultan juga merupakan satu langkah tidak cerdik, apatah lagi anak seorang negarawan yang terkenal dan diakui sebagi bijak. jadi apakah ianya merupakan langkah yang diputuskan oleh najib atau oleh seseorang?

Langkah yang seterusnya memalukan Najib ialah pembelian beberapa orang ADUN, AP dan bekas orang kuat PKR seperti Bekas setiausaha agung PKr, Bekas TImbalan Ketua menteri Pulau pinang dan doktor peribadi Anwar Ibrahim. sesunguhnya perbuatan it hanya membazirkan duit negara sahaja sedangkan hasilnya ciput, bahkan boleh dikatakan tiada kesan langsung.


Jadi siapakah yang begitu berpengaruh untuk mempengaruhi Najib melakukan perkara-perkara yang tidak mendatang apa-apa hasil bahkan sesetengahnya merugikan negara dan membahayakan keselamata negara.


najib, Oh najib,
Ingatkan kau pandai beristei,
rupa-rupanya ikut telunjuk isteri,
ikut perentah isteri,
ikut kehendak isteri.

najib, najib.


APA ITU UMNO? APA ITU BN?

Ya, ianya satu persoalan yang begitu menarik

UMNO sebenarnya telah ditubuhkan oleh pihak British dengan kerjasama pihak Istana Johor dan menggunakan Onn Jaafar sebagai boneka, sebagai presisen pertama UMNO.

Tujuan penubuhan UMNO ialah menyediakan satu parti untuk orang-orang Melayu supaya kuranglah penyertaan orang-orang melayu dalam gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang begitu bersungguh-sungguh menentang British untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Bagaimanapun penyertaan orang-orang Melayu ketika itu dalam UMNO amatlah sedikit kerana ianya dipelopori oleh orang-orang yang pro-British dan menjalankan dasar-dasar yang ditetapkan oleh British. Oleh sebab itulah juga nama yang sentiasa dikumandangkan ialah nama UMNO supaya kekal nama yang mempunyai kaitan dengan British dan juga supaya kekal mentaliti penjajahan British di kalangan pemimpin-pemimpin UMNo.

Sungguh bijak perancangan British itu. Sebaliknya jika British tidak berbuat begitu, pastilah nama PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) yang akan menonjol penuh dengan ciri-ciri Melayu, semangat juang Melayu dan kejiwaan Melayu. Britih sudah menyedari sejak dari awal-awal lagi sekiranya nama PEKEMBAR itu dihidupkan, maka sudah tentu semangat juang melayu dan ciri-ciri melayu itu akan hidup subur di kalangan pemimpin-pemimpin pertubuhan itu. Tetapi apabila nama UMNo digynakan maka hilanglah semangat juang melayu dan ciri-ciri melayu itu pad apertubuhan itu.

BIJAK, bijak, sungguh bijak perancangan british. sebab itulah sampai kehari ini pemimpin-pemimpin UMNo bukannya mempunyai semangat juang melayu atau mempunyai ciri-ciri sejati orang-orang melayu. Semuanya mengikut acuan yang telah disediakan oleh bekas penjajah itu, dimana pemikiran penjajah itu berkembang subur dalam mentaliti pemimpin-pemimpin UMNo.

Ianya begitu jelas sekali dapat dilihat pada dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan pimpinan UMNo yang sentiasa berusaha menjauhkan orang-orang melayu dari mempunyai mentaliti berasakan keislaman dan seterusnya polisi-polisi Untuk Melingkupkan Negara Oo, Untuk Menjahanamkan Negara Om, Untuk Membankrapkan Negara bukanya Omongan Kosong itu berjalan lancar dan penindasan terhadap rakyat berlaku terus menerus tanpa henti seperti dalam gambar-gambar dibawah ini.

Photo 4 of 15 Back to Album · Nika's Photos · Nika's Profile


Dengan dasar-dasar Untuk Me-Nindas Orang ramai itu, maka ramailah rakyat yang menjadi mangsanya tak kira apa apa bangsanya sama ada Melayu, Cina, India semuanya jadi mangsa penindasan UMNO.



Apa-apa sahaja yang nampaknya boleh menghasilkan keuntungan kepada pemimpin-pemimpin UMNo akan dirompak dan disamun dalam pelbagai cara menggunakan akta itu, akta ini dan sekiranya kata-akta itu tidak membenarkan mereka melakukan rompakan itu, maka mereka pun menggunakan kuasa majoriti dua pertiga untuk menggubal undang-undang bariu.

Dan sekiranya tidak dapat menggubal undang-undang baru, maka sesuai dengan mentaliti penjajahan pemimpin-pemimpin UMNO itu, mereka akan menggunakan cara-cara yang tidak masuk akal dan tidak dapat diterima oleh pihak British sendiri contohnya menggunakan mahkamah untuk mencipta satu bentuk amalan baru iaitu Sultan atas budi bicaranya mempunyai kuasa untuk memecat mentei besar seperti yang berlaku di Perak itu.


Seterusnya sesuai dengan dasar UNTUK MEMBANKRAPKAN NEGARA Oo, maka berlakulah begiu banyak kes penyelewengan oleh pembesar-pembesar UMNO contohnya dalam urusan pembelian helikopter, kapal selam, pembinaan lebuhraya, muzium, stadium hospital, sekolah, penyediaan kemudahan pelabuhan dan sebagainya. Itulah UMNO!


Oleh itu sekiranya kita menyokong BN, Barisan Nazak itu, Bankraplah Negara.
satu undi untuk BN, bermakna satulah undi untuk memastikan Bankrap Negara.





Added 2 hours ago ·  · 
Rock Halal
Rock Halal
tikam balik je diaorg..ana ade keris syeikh..nnti mane2 gi ceramah enta tlg julangkan..
2 hours ago · Flag
Rosli Maidin
Rosli Maidin
UPCO mana layak pki keris Upco hanya layak pki kain celana aje..
2 hours ago · Flag
Muhamad Afiq Roslan
Muhamad Afiq Roslan
tikam bangsa sendiri...
2 hours ago · Flag
Vasantarao Appalasamy
Vasantarao Appalasamy
Keris melambangkan kedaulatan Melayu.. saya berharap UMNO tidak menyalahgunakkanya...
2 hours ago · Flag
Ila Noor
Ila Noor
zaman ni mana ada pakai keris....
letak kat muzium jer....
zaman ni pakai c4....sekali meletup ...berkecai
2 hours ago · Flag
Tok Tenang Tenang Heritage
Tok Tenang Tenang Heritage
Keris yg pemimpin UMNO dok julang2 tu, keris halimunan...
wayangggg....
2 hours ago · Flag
Tok Tenang Tenang Heritage
Tok Tenang Tenang Heritage
teringat wayang cina, dia punya kungfu huff buat main hebat lagi, tapi bila acukan pistol???
2 hours ago · Flag
Tok Tenang Tenang Heritage
Tok Tenang Tenang Heritage
melayu UMNO konon nak prtahankan melayu dgn si keris kontot tu, pikio sendirilah... maknanya perjuangan mereka xleh gi jauhhhhh
2 hours ago · Flag
Abang Khairul VI
Abang Khairul VI
keris nie kat pasarmalam pun ada jual... muekekeke!!!
2 hours ago · Flag
Ila Noor
Ila Noor
kesiankan ... keris jadi mangsa....
keris tu kena dilimau dan diperasapkan.....
nanti keris tu boleh terbang dan menikam org....
about an hour ago · Flag
Syed Othman Abdullah
Syed Othman Abdullah
Menikam balik orang Melayu....betul tak Ila Noor
about an hour ago · Flag
Tok Tenang Tenang Heritage
Tok Tenang Tenang Heritage
Kekawan! ini ucapan dari Kubu UMNO Johor :

Bimbang rakyat hanya ada geran, bukan tanah

KOTA BHARU, 10 Jun: "Kita bimbang satu hari nanti, rakyat negara kita hanya akan mempunyai geran tanah sahaja bukannya tanah,” kata perwakilan dari Kawasan Seri Gading, Johor Mohd Alias Sabu.... Lihat seterusnya..

Ini, katanya kerana semakin banyak tanah akan menjadi milik rakyat negara luar dan ia juga boleh dilihat dalam pembangunan Bandar Baru Iskandar Johor.

“Yang mana rakyat negara ini tidak akan mampu membeli bangunan yang berharga ratusan ribu ringgit dan rakyat negara luar dapat memilikinya," ujar beliau lagi pada Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-51.

Beliau menyatakan demikian berhubung isu penyerahan tanah milik KTMB di Tanjong Pagar kepada Singapura.

Mengenai pemberian lesen judi oleh kerajaan Pusat kepada syarikat Berjaya Group, katanya ia merupakan langkah terburuk dalam menangani gejala perjudian di negara ini.

Malah, katanya pihak Mmno BN tidak berminat langsung untuk membasmi perjudian, malah ingin menambahkan lagi dengan alasan menghalang perjudian secara haram.

Mohd Alias juga berkata, Pemuda PAS seharusnya sentiasa menjadi golongan pendesak kepada kerajaan maupun pimpinan parti dalam pelbagai isu yang boleh memudaratkan negara ini.

Menyentuh isu negara yang semakin hilang aset negara, beliau berkata sehingga kini sudah banyak perkara yang boleh menghancurkan negara seperti isu perebutan Batu Puteh yang sudahpun menjadi milik Singpura dan terbaru pendedahan terhadap pemberian dua blok minyak L dan M kepada Brunei yang mengakibatkan negara kerugian berbillion ringgit.
about an hour ago · Flag
Ila Noor
Ila Noor
SOA...betul tu betul....Ila setuju bebenor....:-))
about an hour ago · Flag
Yob 'Tualang Sekah'
Yob 'Tualang Sekah'
true enuff..."hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka,"
about an hour ago · Flag
Mohd Roszeli Majid
Mohd Roszeli Majid
Keris cari makan....pham...da lebih 50 thn..kena tikam dek keris UMNO...banyak sgt da org melayu dilukakan....melainkan org melayu sanggup serah nyawa lagi kat keris tu dlm PRU13....maka matilah melayu......
...dimamah warisan keris melayu UMNO...ada yg sanggup ke?
26 minutes ago · Flag
Razak Yusof
Razak Yusof
KERIS KALAU HILANG , HANG JEBAT TERUS KALAH, TAPI UMNO TAKKAN HILANG TARINGNYA,, UMNO-BN SENTIASA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA..... JGN KECIL HATI YE.... PAS,PKR N DAP(***) TAK KAN BERPUAS HATI PUNYA.. SAMPAI BILA BILA... SAMPAI MATI ... SAMPAI KENA LIWAT
14 minutes ago · Flag
Tok Tenang Tenang Heritage
Tok Tenang Tenang Heritage
syang sayang buah kepayang.... byk orang melayu makin trhoyong hayang.... harapkan keris karat melalang....
besok lusa, UMNO dan keris kerisnya tumbang lenyap hilang
11 minutes ago · Flag
Yusri Yupr
Yusri Yupr
Sampai kena liwat tak pa lagi..kalu sampai Allah tak terima hangpa punya taubat lg payah...kena salai la hangpa diakhirat..
10 minutes ago · Flag
Tok Tenang Tenang Heritage
Tok Tenang Tenang Heritage
lupa nak sambung sikit, kudrat Illahi sapa pun tak boleh nak halang
10 minutes ago · Flag
Tok Tenang Tenang Heritage
Tok Tenang Tenang Heritage
dia lupa tu, UMNOlah yg giler nak hilangkan identiti melayu dgn nak menginggeriskan meLAYU
8 minutes ago · Flag


UMNO BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN TAPI PENGHALANG KEMERDEKAAN
Share




Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy. Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya

1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.


Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.


pdated 4 hours ago ·  ·  · Report Note
Wasfi Why
Wasfi Why 
kompom 300%...
4 hours ago
Muhammad Afif Zaki
Muhammad Afif Zaki 
betul2
100 pratus btul knytaan nie
4 hours ago
Warga Miskin Kota
Warga Miskin Kota 
DAPATKAN GAMBAR2 PEMIMPIN DAN LOGO PARTI TERDAHULU DI http://wasiatpejuang.blogspot.com/
4 hours ago
Marzuki مارزوكي
Marzuki مارزوكي 
Jangaaaaaaan!!!
3 hours ago
Norhalim Abdul
Norhalim Abdul 
liii...ini dh melampau.....
3 hours ago
Warga Miskin Kota
Warga Miskin Kota 
Sila sanggah fakta di atas dan aku akn tarik balik...
3 hours ago
Warga Miskin Kota
Warga Miskin Kota 
“Jgn menyerah diri kpd musuh,
biarlah mati di dlm hutan, jantan sebagai pahlawan.” “Jangan
percaya kpd pembesar2 Melayu kita yg jadi kakitangan
British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita
kekalahan”.“Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10... See More
3 hours ago
Amk Bagandatoh
Amk Bagandatoh 
sokong.........
2 hours ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
pandang dgn sebiji mata
baca yg apa d suka saja maka jadi mcm ni lah, dah tu salahkan yg nu n yg ni..TAPI jangan dgn senang hati menuduh tanpa fakta yang jelas, AKU CABAR jika ada fakta yg dh d selewangkan n patut d perbetulkan, buat laporan polis, lapor kpd persatuan sejarah Malaysia, saman kerajaan Persekutuan, BERANI buatlah .!... kita tengok ... See More
about an hour ago
Mat Amin
Mat Amin 
Syabas WMK.... sejarah itu memang telah dipadamkan. Cuma fakta tentang PETA... sebetulnya terdapat 2 pertubuhan PETA. 1. dibawah pimpinan Ibrahim Yaacob pada masa Jepun. 2. di bawah pimpinan Wahi Anuar ditubuhkan setelah API diharamkan. Pada hakikatnya Peta pimpinan Wahi Anuar meneruskan Api pimpinan Boestamam. Anggotanya orang sama sahaja.
about an hour ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
mari saman kerajaan persekutuan kerna memutarbelitkan fakta sejarah, jka brterusan mndewa mngagongkan komunis, aku prcaya Warga akan di hambat polis dlm masa trdekat, baik nya saman saja kerajaan.............! Kita tengok mcm mana krajaan mnjawab d mahkamah nnti............!
..Jika kamu itu warga yg berani warga yg benar ............!
about an hour ago
Mat Amin
Mat Amin 
Mengapa British begitu takut kepada PKM terutamanya Jabatan Kerja Melayu? Kerana kaum komunis telah menjadi penggembleng perpaduan berbagai aliran. Dalam PUTERA AMCJA umpamanya, kedua-dua pihak baik putera atau amcja terdapat orang komunis. Kesatuan Buruh dan kesatuan tani dipegang oleh komunis. Dalam PKMM sendiri terdapat orang komunis. Wanita (... See More
about an hour ago
Mat Amin
Mat Amin 
ooo.... polis sudah digunakan..... ISA la tu....
about an hour ago
Mat Amin
Mat Amin 
mengepit kepala harimau....
about an hour ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
kita sman kerajaan prsekutuan krana pmbohongan n pmutaran fakta sejarah, kita bawa k mahkamah untuk d tulis semula sejarah jka menang
11 minutes ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
kita mnjadi berani krana fakta kita betul
fakta yg d tulis oleh pemerintah adalah satu pmbohongan trang trangan, kita saman bukan krana uang tpi maukan fakta yg sebenar d tulis smula sejarah tanah Melayu d tulis semula
9 minutes ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
kita tidak perlu takut krna ini bukan ksalahn jenayah tpi maukan keadilan fakta sejarah
9 minutes ago
Mujahid Zakaria
Mujahid Zakaria 
bro...gua nak link kan blog lu kat profile gua boleh
8 minutes ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
sejarah kita kata, tk mmbohongi kita
tapi pmerintah telah mmbohongi rakyat, kita saman pemerintah demi kbenaran fakta
7 minutes ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
kita berani kerana kita katakan fakta kita benar fakta sejarah yg tertulis skrg salah dn satu pmbohongan, kita saman bukan saman 100 juta tpi saman untuk pmbetulan penulisan semula fakta sebenar sejarah Tanak Melayu dan Malaysia
5 minutes ago
Mujahid Zakaria
Mujahid Zakaria 
hebat...akhirnya aku jumpa sejarah yg benar...sejarah sebenar malaya..
5 minutes ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
tidak sman
tidak berani mncuba maka kita tak dpt mmbetulkan fakta pmbohongan oleh pemerintah
4 minutes ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
berani kerana benar
4 minutes ago
Adami Omaha
Adami Omaha 
tak lawan maka duk mcm ni lah
asyik duk kata fakta pemerintah tak betui
sejarah yg d tulis skrg satu pmbohongan
MARI KITA SAMAN agar sejarah boleh d tulis semula
about a minute ago



aa