Perlantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.
Perlantikan pemimpin Umno itu sebagai orang penting di syarikat arak ini juga membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNo adalah hipokrit kerana mendakwa UMNO itu Islam, UMNO berjuang untuk Islam, Umno sebagai parti Islamik dan sebagainya. Semuanya hanya tipu, tipu, tipu. Semuanya hanya untuk mendapat undi dan sokongan dari orang-orang Melayu sahaja.
UMNO hanya menggunakan Islam untuk kepentingan politik sahaja. Bukannnya untuk menegakkan syiar agama Islam agar Islam ini dipandang mulia. Bahkan UMNO ini sebenarnya musuh Islam yang nyata. Sebabnya UMNo mengubah hukum hakam Islam sekehendak hati mereka, yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan.
Itu sebablah ramai yang berkata "lebih baik berkawan dengan orang-orang bukan Islam", kerana mereka itu tidaklah mencampuri hukum hakam Islam, tidak mengubah hukum hakam Islam. Mereka ini tidak menggangu gugat akidah kita sebagai Umat Islam.
Tetapi sebaliknya orang-orang Islam, yang hanya islam pada namanya, tidak pada hatinya, tidak pada akidahnya adalah lebih merbahaya kerana mereka ini begitu sekali berani mengubah hukum hakam Islam, yang halal diharamlan dan yang harm dihalalkan. Mereka ini tidak ubah macam nasrani atau yahudi. Tidak ada bezanya. Oleh sebab itulah mereka ini lebih merbahaya dari orang-orang Kafir.
sebab itulah ramai yang berkata "LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN DAP, KERANA UMNO ITU LEBIH MERBAHAYA DARI ORANG-ORANG KAFIR"
No comments:
Post a Comment