Friday, May 28, 2010

KELUARGA SENGSARA DI NEGERI KELAHIRAN UMNO







Keluarga sengsara di negeri kelahiran UMNO Pernah pada satu hari disebabkan kesempitan hidup dan tiada duit, lima anak saya hanya makan betik sehari semalam, hinggalah jiran menghulurkan sumbangan barangan keperluan rumah. Sekarang, kami hanya makan ala kadar hanya untuk menggalas perut LIMA BERADIK HIDUP DAIFBerita Harian 27 Mei 2010Ibu meninggal, bapa terlantar hidap penyakit misteri JOHOR BAHRU: “Pernah pada satu hari disebabkan kesempitan hidup dan tiada duit, lima anak saya hanya makan betik sehari semalam, hinggalah jiran menghulurkan sumbangan barangan keperluan rumah. Sekarang, kami hanya makan ala kadar hanya untuk menggalas perut, "kata Osman Ahmad, 46, yang terlantar akibat sakit misteri di rumahnya di Kampung Tengah, Majidee, di sini. Ketika ditemui Berita Harian di rumah mereka, Osman yang bertaraf pemastautin tetap (PR) mengalirkan air mata mengenangkan nasib dua anaknya, Mohd Azri, 14 dan Izati, 13, manakala dua lagi anaknya, Noriah, 15, dan Mohd Faiz, 11, lebih baik kerana mendapat bantuan jiran untuk menyekolahkan mereka. Di rumah sewa yang berkeluasan tidak sampai 500 meter persegi itu, semua keperluan keluarga Osman ditanggung anak sulungnya, Mohd Ali, 29, yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dengan gaji hanya RM600 sebulan.

No comments:

Post a Comment