Sunday, May 30, 2010

judi



Hanya ahli-ahli Umno sahaja yang menganggap judi itu halal. Jadi tak hairanlah kalu makcik ni dan pak-pak haji pun beli nombor ekor!


SALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR SAHABT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN.... Ahli parlimen Kota Belud dan bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno Malaysia zaman DS Hishamuddin Hussein Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain"

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku. Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Jadi lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya. Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.
Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.


11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA. Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.
Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu........

Saya mohon sahabat-sahabat semua mengulas komen yg jelas menampakkan kedengkelan dan kejengkelan Abdul Rahman Dahlan....mungkin inilah pandangan secara keseluruhan ahli-ahli parlimen umno/bn dlm isu ini.... KERANA WANG SEMUANYA HALAL...














P

No comments:

Post a Comment