Saturday, May 15, 2010

miscellaneous


PRU-13: Melayu tak akan undi calon MCA, kata Perkasa

KUALA LUMPUR, 28 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran orang Melayu tidak akan mengundi calon-calon yang diletakkan oleh MCA dalam pilihan raya umum akan datang.

Photos of Wak Rico Rock Kapak

Photo 75 of 376 Photos of Wak Rico · Wak Rico's Profile











AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

*sekadar gambar hiasan..





A




x





A






































Kenapa pula pada lembu diatas ini tertera nama UMNO?
Kenapa? Kenapa? Apakah maknanya itu?
Ianya tidak lain tidak bukan ialah untuk menggambarkan bahawa UMNO dipergunakan oleh PEMIMPIN-PEMIMPIN umno sebagai lembu!
Untuk menipu ahli-ahli Umno supaya para pemimpin UMNo boleh berbuat sesuka hati,
Untuk memastikan orang-orang Melayu terus tertipu dan terus ditipu oleh PEMIMPIN-PEMIMPIN umno!
ahli-ahli UMNo semua, sedarlah, insaflah semua
apakah yang kita ada?
apakah yang anda ada?
sedangkan PEMIMPIN-PEMIMPIN umno makin hari makin kaya
kaya, kaya, kaya
hinggakan duit berjuta-juta,
rumah mereka bagaikan istana,
harta mereka di mana-mana,
kekayaan mereka, tujuh keturunan tak habis punya!

Tapi kita.
kita rakyat biasa
kita ahli-ahli UMNo biasa,
jawatan dalam UMNo bahagian pun tiada
apa yang kita ada?
makin hari makin sengsara
kerana setiap hari ada sahaja barangan yang naik harga
tetapi pendapatan kita tetap macam biasa
usahkan nak buat harta,
nak beli barang-barang dikedai pun,
kena sepuluh kali kira
Itulah padahnya, jika terus menyokong UMNo.


“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya," - Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari


No comments:

Post a Comment