Friday, May 14, 2010

Bumiputera Berjaya's Photos - Wall Photos

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh......Mei 14,......... Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.
Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.
Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.
Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.
Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.
Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.
Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.
Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.
K
amaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.
Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.
Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.
Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.
Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.
Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.

ASSALAMUALAIKUM.. SALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR DAN SALAM KEADILAN SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN...DIMANA PERGINYA POLIS BILA PERKASA MEMBUAT KECOH DIDEPAN PEJABAT PKR DI TROPICANA PJ BARU2 INI?... MANA PERGINYA PERKASA DAN PEMUDA UMNO DLM PERHIMPUNAN MEMBANTAH JUDI BOLA INI?...ADAKAH POLIS DIRAJA MALAYSIA MENGAMAL DUA STANDARD UNDANG-UNDANG DLM MELAKSANAN DAN MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG DLM NEGARA KITA INI?...ADAKAH PEMUDA UMNO DAN PERKASA, MAGARAN DAN PPIM TAK BERANI NAK MENEGUR KEMUNGKARAN JELAS DAN TERANG YG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN UMNO/BN?...DIMANA PRIORITI KAMU WAHAI PEMUDA UMNO,PERKASA,PPIM,MAGARAN DAN NGO-NGO YG MESRA UMNO/BN?...DIMANA ROH ISLAM KAMU?.. DIMANA SEMANGAT KEMELAYUAN KAMU?...DIMANA SUMPAH KAMU?...YG PASTI SEGALA SUMPAH DAN JANJI KAMU WAHAI PEMUDA UMNO,PERKASA,MAGARA,DAN PPIM ADALAH HAMPEH BELAKA...LANGSUNG TIADA KREDIBILITI DAN INTERGRITI....YG SERONOKNYA BEZAKAN DEMO ANJURAN PKR/PR DAN PERKASA/UMNO DARI SEGI SAMBUTAN....


No comments:

Post a Comment