Sunday, May 30, 2010

WHO IS RUNNING OUR COUNTRY?


Siapakah sebenarnya yang menguruskan negara Malaysia ini. Itulah persoalan dan tandatanya yang sentiasa bermain difikiran rakyat malaysia. Ini adalah kerana bgitu banyak keputusan yang dibuat oleh najib amat jauh sekali dari tindakan ayahnya dahulu. Begitu juga Najib yang dahulunya sentiasa mengamalkan kaedah "play safe" bertindak sebaliknya secara terburu-buru da begitu menakutkan sekali seperti membuat liberalisasi kewangan yang seluas-luasnya yang boleh menyebabkan negara kita terdedah keapada serangan penyangak kewaangan antarabngsa seperti George Soros dahulu.

Begitu juga pembentangan kewanagn terpaksa dilakukan sehingga dua kali. Kemudaiannya tindakan Najib meminta awang adek mengistiharkan kemungkinan meluluskan lesen judi dan mengarahkan Idris jala membuat kenyataan yang negara kita ini mungkin Bankrap? Adakah Najib sebodoh Itu?

Begitu juga urusan untuk merampas negeri perak dengan menggunakan kuasa sultan juga merupakan satu langkah tidak cerdik, apatah lagi anak seorang negarawan yang terkenal dan diakui sebagi bijak. jadi apakah ianya merupakan langkah yang diputuskan oleh najib atau oleh seseorang?

Langkah yang seterusnya memalukan Najib ialah pembelian beberapa orang ADUN, AP dan bekas orang kuat PKR seperti Bekas setiausaha agung PKr, Bekas TImbalan Ketua menteri Pulau pinang dan doktor peribadi Anwar Ibrahim. sesunguhnya perbuatan it hanya membazirkan duit negara sahaja sedangkan hasilnya ciput, bahkan boleh dikatakan tiada kesan langsung.


Jadi siapakah yang begitu berpengaruh untuk mempengaruhi Najib melakukan perkara-perkara yang tidak mendatang apa-apa hasil bahkan sesetengahnya merugikan negara dan membahayakan keselamata negara.


najib, Oh najib,
Ingatkan kau pandai beristei,
rupa-rupanya ikut telunjuk isteri,
ikut perentah isteri,
ikut kehendak isteri.

najib, najib.


No comments:

Post a Comment